Siapa yang tak tahu Whatsapp kan? Walaupun ramai yang dah tahu, saya nak bagitau juga. Whatsapp ni merupakan aplikasi mesej yang paling popular di dunia! Lebih popular daripada Wechat dan Line. Ramai orang memilih untuk menggunakan Whatsapp kerana ia simple dan mudah digunakan. Percaya tak kebanyakan pengguna tidak tahu menggunakan banyak fungsi di dalam Whatsapp? Kebanyakan pengguna hanya tahu menghantar mesej, gambar atau video, fungsi yang lain tu dibiarkan saja. Jika anda nak tahu tips menggunakan Whatsapp anda teruskan membaca artikel ini.

Tips Whatsapp
 

1. Menyembunyikan Blue Ticks
Blue Tick dalam mesej tu menandakan mesej yang anda kirim telah dibaca si penerima. Jikalau anda taknak orang tahu yang anda dah membaca mesej tu, anda boleh ubah setting. Tapi sekiranya anda buang fungsi blue tick ini, anda juga tidak akan tahu sama ada mesej anda sudah dibaca ke belum.
Nampak tiga dot di sebelah kanan atas? Klik situ > Setting > Account > Privacy > Untick Read Receipts

2. Menukar Saiz Font
Jika anda ada masalah penglihatan tu bolehlah tukarkan saiz font. Mari saya tunjukkan.
Klik Tiga Dot > Chats and Calls > Font Size

3. Menukar Wallpaper
Nak tukar wallpaper mudah saja. Mungkin anda dah bosan dengan wallpaper default dan ingin sesuatu yang lebih menarik anda boleh ikut langkah ini.
Klik Tiga Dot > Setting > Chats and Calls > Wallpaper > Anda boleh download Whatsapp wallpaper ataupun dari document. Kalau default tu, wallpaper asal.

4. Cara dapatkan kembali mesej yang pernah dipadam
Untuk lakukan ini anda perlulah uninstall Whatsapp dulu.
Klik Setting > Apps > Whatsapp > Uninstall
Lepas tu, Reinstall Whatsapp
Masukkan nombor telefon. Anda akan mendapat notifikasi yang mengatakan backup ditemui.
Klik Restore untuk dapatkan kembali mesej lama.

4. Cara backup chat
Jika anda nak backup mesej caranya mudah saja.Secara defaultnya Whatsapp akan backup chat setiaphari. Jika anda nak backup dalam Google Driver ikuti langkah ini.
Klik Tiga Dot > Setting > Chats and calls > Chat backup > Klik Backup
Jika anda taknak backup anda boleh tick Never.
Jika anda nak backup untuk hari ni saja contohnya, tick Only when I tap “Backup”. Pilih akaun Gmail untuk backup.
Jika boleh juga backup secara daily, weekly atau monthly.

5. Memadam chat history
Klik Tiga Dot > Setting > Chats and calls > Chat history
Terdapat empat option: Email chat, Archive all chats, Clear all chats, Delete all chats.
Anda pilih mana anda nak buat.

6. Mencipta shortcut icon untuk chat yang digemari
Jika anda ada rakan chat yang kerap anda hubungi melalui Whatsapp anda boleh cipta satu shortcut icon yang akan muncul di homescreen smartphone. Dengan begitu anda tidak perlu dah pergi mencari butang Whatsapp dan jika ada mesej dari rakan ini, anda akan tahu dengan lebih cepat.
Pergi ke Chat di mana anda dapat lihat senarai orang yang berchat dengan anda.
Pilih orang yang kerap chat dengan anda. Klik dan hold sehingga keluar satu pop up. Lepas tu pilih Add chat shortcut.

7. Menghilangkan bunyi Group Chat
Kalau join group chat ni, memang mesej yang diterima tu bertalu-talu sehinggakan kadang-kadang tu menyesakkan saja. Time tidur pun berbunyi. Mesti kita rasa fedup juga kan. Nak leaver group rasa bersalah pula takut ada yang terasa. Cara paling mudah, anda diamkan saja group ni.
Klik Whatsapp > Group Chats > Tiga Dot > Mute
Anda boleh mute selama 8 jam, 1 minggu ataupun setahun. Tick mana saja anda mahu.

8. Menyembunyikan Last Seen, gambar profile dan status
Jika anda tak suka orang tahu bila jam terakhir anda chat, anda taknak status dan gambar profile diketahui, anda boleh ikuti langkah ini.
Klik Tiga Dot > Setting > Account > Privacy
Di sini anda akan melihat Last Seen, Profile Photo dan Status. Anda boleh set kepada Nobody, My Contacts ataupun Everyone. Terpulang dengan anda.
Jika nak block contact boleh juga. Hanya klik Blocked contacts

9. Menghantar mesej peribadi secara bulk
Jika anda ingin menghantar mesej yang sama kepada sesetengah orang di dalam satu group, di mana orang lain tidak akan lihat, anda boleh ikuti langkah ini.
Klik Tiga Dot > New Broadcast > Masukkan nama penerima > Create mesej dan hantar. Mudah saja!

10. Menelefon
Yang ni mudah saja. Klik pada contact dalam list chat Whatsapp. Di situ anda akan lihat butang call. Tekan saja butang tu. Kalau call dengan Whatsapp ni memerlukan internet. Takde internet memang tak dapatlah.

11. Mengirim gambar dan video
Klik pada contact dalam list chat Whatsapp. Nampak tak butang Klip tu? Klik saja. Di situ anda boleh share gambar, video, audio, lokasi dan contact number.

12. Menggunakan Whatsapp pada desktop
Untuk gunakan Whatsapp pada desktop anda kena ada browser Google Chrome versi 36 ke atas. Kena ada internet buat ni.
Buka laman web https://web.whatsapp.com/
Pergi ke Mobile Whatsapp > Klik Tiga Dot > Whatsapp Web
Ikuti langkah seterusnya.

13. Pasang password pada Whatsapp
Whatsapp sendiri tiada fungsi ni jadi anda kena install aplikasi seperti Applock jika anda pengguna Android.

Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan. Silalah tambah fungsi lain yang anda tahu di bahagian komen. Sharing is caring!

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Tips Whatsapp Yang Tidak Diketahui Ramai. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger