Kuala Lumpur, 5 Julai: Seorang warga emas dan keretanya diserang oleh sekumpulan lelaki selepas dia terlanggar sebuah motosikal yang dikatakan berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki warga emas yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.



"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.

"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Rusdi lagi, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi sahaja yang tampil membantu mangsa dan memberi keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Warga Emas & Kereta Diserang 10 Lelaki Selepas Terlanggar Motosikal. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger