1-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Di Malaysia terdapat banyak kuih-kuih tradisi di seluruh negeri. Namun antara negeri yang banyak kuih-kuih tradisi ialah kelantan. Kuih tradisi di kelantan mempunyai nama yang agak pelik tetapi sangat sedap di makan. Berikut antara Kuih Tradisi Mempunyai Nama Yang Pelik Tapi Sedap.

PUTERI MANDI 

2-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Di kalangan orang Kelantan, disebut 'Terri Mandi'. Berbentuk bulat, berwarna-warni dan rasanya lemak manis. 

BUTIR NANGKA 

3-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Dipanggil Butir Nangka kerana bentuknya seperti biji nangka. Rasanya memang manis dan sesuai dihidang sebagai dessert. 

NEKBAT 
4-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Selain di Kelantan, Nekbat juga popular di Terengganu. Sekali tengok, bentuknya seperti kuih baulu. 

ULAT BULU 

5-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Eh? Jangan terkejut ya. Mungkin kerana bentuknya ia dipanggil ulat bulu. Adunan kuih ini tak banyak beza dengan kuih buah Melaka. 

CEK MEK MOLEK 

6-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Bentuknya memang comel, sesuai dengan namanya. Dihasilkan dari adunan tepung gandum dan ubi keledek dengan gula sebagai inti. 

GELEMBUNG BUAYA 

7-kuih%2Btradisi%2Bmalaysia

Kuih ini bolehlah dikatakan adik beradik dodol. Rasanya lemak manis kelapa parut muda yang disebatikan dengan gula dan tepung. 

So there you have it. Yang tak pernah rasa, bolehlah cuba selepas ini. Yang pasti, jangan tertipu dengan nama kerana semuanya sedap-sedap belaka!


sumber: Kami The Media

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Kuih Tradisi Mempunyai Nama Yang Pelik Tapi Sedap. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger