Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu pengetahuan yang tersendiri. Sejarah yang berbentuk spekulatif  merupakan satu bentuk pemikiran sejarah oleh falsafah pemikiran dari segi analisis psikologi terhadap tatacaranya yang sebenar dan yang telah dirangka. Ia menggunakan hukum-hukum yang umum, andaian-andaian dan implikasinya dalam percubaan untuk mengetahui kedudukannya dalam keseluruhan pengalaman manusia, hubungannya dengan bentuk-bentuk pengalaman yang lain dan asal-usulnya.  Kaedah dan penulisan berbentuk spekulatif ini banyak mempengaruhi  fahaman dan penulisan pengkaji-pengkaji falsafah sejarah.
Sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar terjadi dari masa lampau. Spekulatif iaitu bermaksud sesuatu hal yang tidak terdapat dalam suatu fakta. Sejarah Spekulatif merupakan suatu perenungan filsafat mengenai tabiat-tabiat atau sifat-sifat pada suatu proses sejarah. Tiga perkara dalam pengkajian filsafat sejarah spekulatif iaitu Irama atau pola yang dapat diamati dalam proses sejarah, Penggerak atau motor yang menyebabkan terjadinya proses sejarah tersebut dan tujuan atau sasaran akhir dari proses dalam.

Dari segi perhatian para ahli menegenai sejarah spekulatif, Karl Marx dan Hegel lebih mencurahkan perhatian pada motor atau penggerak suatu sejarah. Manakala, Spengler dan Toynbee lebih memperhatikan tujuan dari proses sejarah Spekulasi Sejarah. R.J.Collingwood, yang merupakan sejarawan terkenal Inggeris pula menerima hakikat bahawa wujudnya bentuk falsafah sejarah yang spekulatif tetapi menganggap bentuk-bentuk seperti ini tidak wajar dianggap sebagai falsafah sejarah.  Menurut beliau,  bentuk yang spekulatif adalah sesuatu yang mengkhayalkan manakala ketakdiran adalah sesuatu yang tersedia dan kemungkinan berbentuk teologi. Disebabkan itu, beliau mengatakan bahawa bentuk-bentuk spekulatif ketakdiran sejarah atau historicism sebenarnya tidak berupa falsafah sejarah.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang MAKNA SEJARAH SPEKULATIF. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger