Pendahuluan

ketika berlakunya campur tangan pihak british, mereka telah memperkenalkan corak pendidikan british iaitu berteraskan sekolah venakular. sekolah venakular ini pula terdiri daripada beberapa buah jenis sekolah iaitu sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah inggeris dan sekolah agama.


1.sekolah melayu

pada kurun ke-19 sekolah melayu telah ditubuhkan oleh pihak british. tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih mahir dalam pelbagai aspek. sekolah ini memberikan didikan asas seperti menulis,mengira dan membaca. sekolah ini juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. namun begitu, sekolah ini tidak mendapat sambutan daripada kalangan ibu bapa pelajar. hal ini demikian kerana, mereka berasa curiga kerana mata pelajaran agama islam tidak diajar di sekolah ini dan sekolah ini terletak jauh di bandar.sebagai contoh, sekolah melayu gelugor merupakan sekolah melayu  pertama yang dibina oleh pihak british pada 1821 dan masih wujud sehingga sekarang.

2.sekolah cina.

sekolah venakular cina telah ditubuhkan pada akhir kurun ke-19. sekolah ini telah ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak persendirian dan parti-parti politik cina.tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk mengekalkan identiti kecinaan di tanah melayu. antara kurikulum yang diajar di sekolah ini adalah selaras dengan corak pendidikan yang diajar di negara china iaitu kesusteraan cina, bahasa cina, ilmu hisab, lukisan dan lain-lain lagi. tenaga pengajar dan buku-buku juga turut didatangkan dari negara china.

3.sekolah tamil

sekolah tamil telah ditubuhkan pada pertengahan abad ke-19 akibat daripada kemasukan buruh-buruh india secara beramai-ramai untuk berkerja di kawasan perladangan. sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang mahupun estet dan dibiayai oleh orang perseorangan juga badan-badan sukarela. kurikulum sekolah ini memberi tumpuan terhadap kemahiran asas seperti membaca menulis dan mengira. sekolah ini juga adalah berteraskan negara india dimana semua buku dan tenaga pengajar didatangkan dari negara india. namun begitu, sekolah ini tidak mendapat sambutan daripada golongan ibu bapa kerana mereka lebih suka anak-anak menolong mereka di ladang berbanding ke sekolah. sekolah ini hanya ditawarkan di peringkat sekolah rendah sahaja akibat daripada kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan kurang mendapat sambutan masyarakat india.

4. sekolah inggeris

sekolah inggeris merupakan sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh kristian. sekolah ini didirikan di kawasan bandar dan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. kebanyakan pelajar yang belajar di sekolah ini terdiri daripada kaum cina dan kaum melayu yang terdiri daripada golongan atasan seperti anak-anak kerabat diraja juga orang-orang yang berharta sahaja. kurikulum yang diajar di sekolah ini adalah berasaskan senior cambridge school certificate examination yang disusun di england. pelajar yang lulus sekolah inggeris ini boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mempunyai peluang yang cerah dalam bidang pekerjaan. sebagai contoh sekolah inggeris yang pertama didirikan di asia tenggara iaitu sekolah penang free di pulau pinang pada 1816.

5. sekolah agama

sekolah agama islam ini telah ditubuhkan pada 1950-an lagi. sekolah ini dibiyai oleh orang persendirian dan bebas daripada kawalan pihak british. tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menyebarkan agama islam dan memupuk pemahaman masyarakat melayu mengenai agama islam.sekolah ini terdiri daripada sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama rakyat. sekolah agama ini juga turut menggunakan bahasa melayu dan bahasa arab sebagai bahasa penghantar. pelajar yang lulus daripada sekolah ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke mesir, india dan acheh indonesia dalam bidang keagamaan. salah satu contoh sekolah agama yang telah didirikan di tanah melayu ialah madrasah muhammadiyah di sabak bernam pada 1936.

Kesimpulan


dasar pendidikan kolonial telah menjadi sebab bermulanya sikap perkauman di tanah melayu. namun begitu, masalah ini telah dapat di selesaikan setelah sistem pendidikan telah mula diseragamkan dengan memperkenalkan rancangan fern-wu, laporan barnes dan lain-lain lagi.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Dasar Pendidikan Kolonial di Tanah Melayu Selepas Perang Dunia ke 2. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger