PENDAHULUAN
Masyarakat melayu tradisional mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional sebelum campur tangan pihak british. kegiatan ini dijalankan secara sara diri di mana hasil dapatan hanya cukup untuk keperluan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. oleh itu, terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat melayu tradisional yang dapat dilihat secara langsung.

1.PENANAMAN PADI
Salah satu kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional ialah penanaman padi. masyarakat melayu mengusahakan kegiatan penanaman padi secara sara diri iaitu untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. terdapat dua jenis padi yang diusahakan oleh masyarakat melayu pada ketika itu iaitu padi huma dan padi sawah. padi huma kebiasaannya diusahakan di lereng-lereng bukit dan di kawasan tanah tinggi kerana tidak memerlukan air yang banyak. padi huma juga turut diusahakan secara berpindah randah dan kebiasaannya diusahakan oleh masyarakat asli semai dan jakun. manakala, padi sawah pula dikatakan dibawa oleh orang siam dan minangkabau. padi sawah kebiasaannya diusahakan di kawasan tanah rendah dan pamah seperti di tepi sungai mahupun persisiran pantai kerana padi ini memerlukan air yang banyak. sebagai contoh kuala selangor merupakan salah satu kawasan penanaman padi utama pada ketika itu. penanaman padi ini juga diusahakan oleh masyarakat melayu dengan menggunakan kaedah dan peralatan tradisional seperti kuku kambing, cangkul tenggala dan kerbau yang diggunakan untuk membajak sawah. najis binatang turut digunakan untuk menyuburkan tanaman.

2.PENANGKAPAN IKAN
Selain itu, kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional juga ialah penangkapan ikan. aktiviti penangkapan ikan merupakan salah satu kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat melayu yang tinggal berhampiran dengan sungai dan persisiran pantai seperti masyarakat melayu yang tinggal di kawasan pantai timur iaitu terengganu dan kelantan. ikan juga merupakan sumber protein utama bagi masyarakat melayu pada ketika itu. namun, kegiatan penangkapan ikan ini hanya diusahakan secara sara diri iaitu untuk kegunaan harian sahaja dan lebihan tangkapan ikan akan dikeringkan lalu disimpan. masyarakat melayu turut mengusahakan kegiatan ini dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu, jala, tonggak dan tali kail.

3. PENTERNAKAN BINATANG
Seterusnya, penternakan binatang juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional sebelum campur tangan british. sebagai contoh, antara haiwan yang menjadi ternakan mereka adalah seperti itik, ayam, lembu dan kerbau. namun, kegiatan pertenakan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan kerana dijadikan salah satu sumber makanan sahaja. selain itu, haiwan yang diternak juga turut digunakan bagi memudahkan kegiatan pertanian seperti kerbau yang digunakan untuk membajak sawah dan najis haiwan ternakan turut digunakan untuk menyuburkan tanaman.

4. HASIL HUTAN
Di samping itu, pemungutan hasil hutan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat tradisional. sebagai contoh, antara hasil hutan yang diusahakan oleh masyarakat melayu pada ketika itu adalah seperti rotan, damar, nipah dan getah perca. hasil hutan ini seterusnya akan dijual atau ditukar dengan barang-barangan keperluan seharian seperti beras, garam dan lain-lain lagi.

5. PERLOMBONGAN
Seterusnya, kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional sebelum campur tangan pihak british juga ialah aktiviti perlombongan. kegiatan ini diusahakan secara sara diri dan kecil-kecilan sahaja. sebagai contoh, antara sumber asli yang dilombong oleh masyarakat melayu pada ketika itu adalah seperti bijih timah, emas dan lain-lain lagi. aktiviti perlombongan ini juga turut diusahakan oleh masyarakat melayu dengan menggunakan kaedah tradisional seperti mendulang dan memanpan. kaedah ini menyebabkan hasil keluaran sumber asli yang dilombong menjadi terhad.

6. BERBURU
Selain itu, berburu juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat tradisional. kegiatan ini dijalankan sara diri dan merupakan kegiatan ekonomi sampingan masyarakat melayu pada ketika itu sahaja. sebagai contoh antara binatang yang menjadi buruan mereka adalah seperti kancil, pelanduk, kijang dan lain-lain lagi. hasil buruan ini akan dijadikan sebagai sumber makanan dan lebihannya akan dijual. masyarakat melayu tradisional ini juga turut menjalankan kegiatan menjerat gajah. hal ini demikian kerana, gajah yang dijerat akan digunakan untuk mengangkut kayu balak.

7. TANAMAN LAIN.
Seterusnya, masyarakat melayu tradisional turut mengusahakan tanaman lain sebagai salah satu kegiatan ekonomi pada ketika itu.namun, tanaman ini hanya diusahakan sebagai kegiatan sampingan sahaja sementara menunggu musim menuai. sebagai contoh antara tanaman lain yang diusahakan oleh masyarakat melayu pada ketika itu adalah seperti jagung, ubi kayu, kelapa dan lain-lain lagi.

KESIMPULAN

Masyarakat melayu tradisional telah mengusahakan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak British. namun, selepas kedatangan British kegiatan ini telah ditukar kepada kegiatan ekonomi yang lebih komersial.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Kegiatan Ekonomi Tradisional Masyarakat Melayu Sebelum Campur Tangan British. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila masukan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma denagn email, Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari Suara Buruk
feedburner

0 comments:

Post a Comment

Suara Buruk © 2014. Blog Suara Buruk dibangunkan untuk tujuan perkongsian berita terkini, info-info menarik, gosip-gosip terkini, ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi. Powered By Blogger