Langkah-langkah ke arah Kemerdekaan Tanah Melayu



PENDAHULUAN
Tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957 tanpa berlakunya pertumpahan darah. hal ini demikian kerana proses kemerdekaan ini dipercepatkan lagi oleh darurat yang berlaku di tanah melayu. oleh itu, terdapat beberapa langkah ke arah kemerdekaan di tanah melayu yang dapat dilihat secara langsung.

SISTEM AHLI
Idea penubuhan sistem ahli dicetuskan oleh dato onn dan sistem ini telah diperkenalkan pada 1951. tujuan penubuhan sistem ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapat latihan dalam urusan pentadbiran. ahli-ahlinya pula akan dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british tetapi perlu mendapat perkenan majlis raja-raja melayu dengan nisbah lima rakyat tempatan dan empat pegawai kanan tinggi british. ahli-ahli sistem ini juga akan diberi portfolio dan bidang kuasanya terletak di bawah kuasa persuruhjaya tinggi. sebagai contoh, antara rakyat tempatan yang terlibat dalam sistem ini ialah dato onn (hal ehwal dalam negeri), eec thuraisingan (pelajaran), tunku yaakob (pertanian dan perhutanan), lee thiang keng (kesihatan) dan dato mahmud mat (tanah,perlombongan, dan perhubungan).


PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN 1951-1952

pilihanraya majis perbandaran ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di peringkat tempatan. langkah ini juga turut dijadikan sebagai salah satu latihan demokrasi parlimen di tanah melayu. pilihanraya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan di pulau pinang pada 1951 dan parti radikal telah memenangi 6/9 kerusi yang dipertandingkan. pilihanraya yang kedua pula diadakan di kuala lumpur pada 1952. pilihanraya yang kedua ini pula telah dimenangi oleh pakatan umno-mca sebanyak 9/12. oleh itu, dengan adanya pilihanraya ini rakyat telah diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri.

PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955
pada 1954, jawatankuasa pilihan raya persekutuan telah ditubuhkan oleh pihak british. melalui pertubuhan ini, sebanyak 52 kerusi majlis perudangan persekutuan yang  dipertandingkan melalui pilihan raya. antara parti yang bertanding dalam pilihan raya ini ialah parti perikatan, parti buruh, parti negara, pas dan parti prifesif perak. melalui pilihan raya yang telah diadakan pada 1955, parti perikatan telah memenangi 51/52 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh pas. kemenangan besar parti perikatan ini berlaku kerana adanya kerjasama dari pelbagai kaum disamping faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik. antara isi kandungan manifesto yang dijanjikan pemipin parti perikatan kepada rakyat ialah merdeka dalam jangka 4 tahun, tamatkan darurat secepat mungkin, melindungi insitutsi raja-raja melayu dan lain-lain lagi. oleh itu, melalui kemenangan ini, parti perikatan telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan baru dan seterusnya memulakan rundingan dengan pihak british tentang kemerdekaan tanah melayu.

RUNDINGAN KEMERDEKAAN
Rombongan kemerdekaan telah dihantar ke London pada 2 januari 1956 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan dengan pihak british. rombongan ini telah diketuai oleh tunku abdul rahman dan terdiri daripada wakil raja-raja melayu dan beberapa ahli parti perikatan. melalui rundingan kemerdekaan ini beberapa persetujuan telah dicapai, antaranya ialah kemerdekaan pada 31 0gos 1957, menjalankan pemerintahan secara demokrasi, sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan tanah melayu dan lain-lain lagi. kepulangan rombongan kemerdekaan ini telah disambut secara meriah di padang bandar hilir melaka oleh rakyat tempatan.

SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya reid telah ditubuhkan pada 1955 dan dipegerusikan oleh seorang pegawai british iaitu lord reid. antara anggota lain yang menganggotai suruhanjaya ini ialah sir ivor jennings, sir william mckell, b.malik dan tuan abdul hamid. suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131 memorendum daripada pertubuhan dan individu. memorendum majlis raja-raja melayu dan parti perikatan telah mendapat pertimbangan utama kerana bersifat tuntutan bersama semua kaum yang terdapat di tanah melayu. pindaan ini berkaitan dengan isu agama,bahasa, kedudukan raja-raja melayu, kedudukan istimewaan orang-orang melayu dan kerakyatan jus soli. rang perlembagaan yang dibentuk telah ditandatangani oleh raja-raja melayu dan pesuruhjaya tinggi pada 5 ogos 1957.

KESIMPULAN

Pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan di stadium merdeka pada 31 ogos 1957 . kemerdekaan tanah melayu berjaya dicapai melalui rundingan dan kemerdekaan ini dicapai secara aman.

Catat Ulasan

0 Ulasan