PENDAHULUAN
Masyarakat melayu
tradisional mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional sebelum campur tangan
pihak british. kegiatan ini dijalankan secara sara diri di mana hasil dapatan
hanya cukup untuk keperluan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. oleh itu,
terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat melayu
tradisional yang dapat dilihat secara langsung.
1.PENANAMAN PADI
Salah satu kegiatan
ekonomi masyarakat melayu tradisional ialah penanaman padi. masyarakat melayu
mengusahakan kegiatan penanaman padi secara sara diri iaitu untuk kegunaan
sendiri dan keluarga sahaja. terdapat dua jenis padi yang diusahakan oleh
masyarakat melayu pada ketika itu iaitu padi huma dan padi sawah. padi huma
kebiasaannya diusahakan di lereng-lereng bukit dan di kawasan tanah tinggi
kerana tidak memerlukan air yang banyak. padi huma juga turut diusahakan secara
berpindah randah dan kebiasaannya diusahakan oleh masyarakat asli semai dan
jakun. manakala, padi sawah pula dikatakan dibawa oleh orang siam dan minangkabau.
padi sawah kebiasaannya diusahakan di kawasan tanah rendah dan pamah seperti di
tepi sungai mahupun persisiran pantai kerana padi ini memerlukan air yang
banyak. sebagai contoh kuala selangor merupakan salah satu kawasan penanaman
padi utama pada ketika itu. penanaman padi ini juga diusahakan oleh masyarakat
melayu dengan menggunakan kaedah dan peralatan tradisional seperti kuku
kambing, cangkul tenggala dan kerbau yang diggunakan untuk membajak sawah.
najis binatang turut digunakan untuk menyuburkan tanaman.
2.PENANGKAPAN IKAN
Selain itu, kegiatan
ekonomi masyarakat melayu tradisional juga ialah penangkapan ikan. aktiviti
penangkapan ikan merupakan salah satu kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat
melayu yang tinggal berhampiran dengan sungai dan persisiran pantai seperti
masyarakat melayu yang tinggal di kawasan pantai timur iaitu terengganu dan
kelantan. ikan juga merupakan sumber protein utama bagi masyarakat melayu pada
ketika itu. namun, kegiatan penangkapan ikan ini hanya diusahakan secara sara
diri iaitu untuk kegunaan harian sahaja dan lebihan tangkapan ikan akan
dikeringkan lalu disimpan. masyarakat melayu turut mengusahakan kegiatan ini
dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu, jala, tonggak dan tali
kail.
3. PENTERNAKAN BINATANG
Seterusnya, penternakan
binatang juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat melayu
tradisional sebelum campur tangan british. sebagai contoh, antara haiwan yang
menjadi ternakan mereka adalah seperti itik, ayam, lembu dan kerbau. namun,
kegiatan pertenakan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan kerana dijadikan
salah satu sumber makanan sahaja. selain itu, haiwan yang diternak juga turut
digunakan bagi memudahkan kegiatan pertanian seperti kerbau yang digunakan
untuk membajak sawah dan najis haiwan ternakan turut digunakan untuk
menyuburkan tanaman.
4. HASIL HUTAN
Di samping itu,
pemungutan hasil hutan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat
tradisional. sebagai contoh, antara hasil hutan yang diusahakan oleh masyarakat
melayu pada ketika itu adalah seperti rotan, damar, nipah dan getah perca.
hasil hutan ini seterusnya akan dijual atau ditukar dengan barang-barangan
keperluan seharian seperti beras, garam dan lain-lain lagi.
5. PERLOMBONGAN
Seterusnya, kegiatan
ekonomi masyarakat melayu tradisional sebelum campur tangan pihak british juga
ialah aktiviti perlombongan. kegiatan ini diusahakan secara sara diri dan
kecil-kecilan sahaja. sebagai contoh, antara sumber asli yang dilombong oleh
masyarakat melayu pada ketika itu adalah seperti bijih timah, emas dan
lain-lain lagi. aktiviti perlombongan ini juga turut diusahakan oleh masyarakat
melayu dengan menggunakan kaedah tradisional seperti mendulang dan memanpan.
kaedah ini menyebabkan hasil keluaran sumber asli yang dilombong menjadi
terhad.
6. BERBURU
Selain itu, berburu
juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat tradisional. kegiatan ini
dijalankan sara diri dan merupakan kegiatan ekonomi sampingan masyarakat melayu
pada ketika itu sahaja. sebagai contoh antara binatang yang menjadi buruan
mereka adalah seperti kancil, pelanduk, kijang dan lain-lain lagi. hasil buruan
ini akan dijadikan sebagai sumber makanan dan lebihannya akan dijual.
masyarakat melayu tradisional ini juga turut menjalankan kegiatan menjerat
gajah. hal ini demikian kerana, gajah yang dijerat akan digunakan untuk
mengangkut kayu balak.
7. TANAMAN LAIN.
Seterusnya, masyarakat
melayu tradisional turut mengusahakan tanaman lain sebagai salah satu kegiatan
ekonomi pada ketika itu.namun, tanaman ini hanya diusahakan sebagai kegiatan
sampingan sahaja sementara menunggu musim menuai. sebagai contoh antara tanaman
lain yang diusahakan oleh masyarakat melayu pada ketika itu adalah seperti
jagung, ubi kayu, kelapa dan lain-lain lagi.
KESIMPULAN
Masyarakat melayu
tradisional telah mengusahakan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak British.
namun, selepas kedatangan British kegiatan ini telah ditukar kepada kegiatan
ekonomi yang lebih komersial.
0 Ulasan