CARA UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

Gambar Hiasan


Peranan pihak sekolah

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah juga berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau mengajar mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya pelajar dapat membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang di peringkat sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan pelajar tidak akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng sekolah.
Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:

1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan (sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2 kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3 kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan polis

(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)Kementerian Pendidikan.

Menurut responden yang ditemu bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan ponteng akan dirujuk kepada kaunselor untuk mengenal pasti  punca yang menyebabkan pelajar berkelakuan sedemikian. Seterusnya  pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan salah laku pelajar yang ponteng, pada kebiasaannya guru menjemput ibu bapa untuk hadir ke sekolah. Perbincangan kebiasaannya melibatkan pihak pentadbir, guru disiplin, guru tingkatan guru-guru mata pelajaran dan pelajar itu sendiri. Semua pihak yang terlibat berusaha mencari solusi terbaik supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, denda juga akan menjadi teladan kepada semua murid-murid supaya tidak mengulangi perkara yang sama. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk motivasi dan kesedaran kepada murid-murid seperti kempen jangan ponteng dan ceramah-ceramah motivasi yang akan membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran.

 Peranan ibu bapa

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anakOleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Menurut respon yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang semakin meninggi menyebabkan keghairahan mencari wang ringgit dan harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-wenangnya tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan. Selian itu, Lambakan pusat-pusat hiburan, pusat beli belah menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan pulang lewat malam, sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad. Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang menghiburkan dan menyeronokkan.
            Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan mendatangkan tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka melakukan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah.
             Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada pada hari akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani gejala ini.  Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat menilai perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan dengan norma masa kini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah.  Oleh itu, peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak-anak supaya tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.

Peranan Masyarakat

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling haruslah mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.  Masyarakat haruslah mengelak sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang gejala gejala negatif dan jangan bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau oleh ahli jawatankuasa masyarakat setempat. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Menurut responden pula, terdapat segelintir masyarakat yang memberikan maklumat berkaitan ‘hot spot’ pelajar ponteng kepada pihak sekolah. Justeru, pihak sekolah mengambil tindakan untuk melakukan siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar terlibat. Jika pelajar ponteng dalam kuantiti yang ramai, pihak sekolah akan menghubungi pihak berkuasa tempatan seperti pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan tersebut. Pelajar akan dibawa ke balai polis atau dibawa semula ke sekolah sebelum waris hadir.
Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan seperti aktiviti hari keluarga ataupun gotong royong. Hal ini demikian kerana apabila aktiviti seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin erat menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti ponteng sekolah. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti. Penerapan nilai-nilai itu akan mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti ponteng sekolah. Menurut responden pula, Selain itu program kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan JKK kampung, AJK kampung turut diadakan bagi membanteras gejala ponteng. Pihak yang terlibat ini akan membekalkan maklumat kepada pihak sekolah dan mesyuarat akan diadakan setiap bulan.  Oleh itu, masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ponteng supaya tidak berleluasa.

Peranan media massa

Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi.  Selain itu, media massa juga dikatakan saluran komunikasi dan informasi yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media massa elektronik seperti televisyen boleh memapar kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. oleh itu, media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran kepada semua pihak.

Gambar Hiasan

Selain itu, berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media cetak juga mampu member pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti member pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengari. Melalui media massa, masyarakat lebih peka terhadap gejala-gejala yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila melihat gejala tersebut. sikap bertanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat penting dalam menangi gejala ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa.
Di samping itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita, program atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini demikian kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-aksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani gejala sosial khususnya ponteng sekolah.

Rujukan
Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud.
2005. Nilai-nilai murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan
sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke
arah kemanusiaan sejagat. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

(1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. JWT Casino & Sports Book - Mahnomen International
    JWT 시흥 출장샵 Casino & Sports Book. Address: 777 익산 출장마사지 Hwy #89A. Closed: Wednesday 8 영천 출장안마 December 2021. 충주 출장안마 Phone: 당진 출장안마 (86) 777-5577. Website: http://jtm-casino

    BalasPadam