Faktor-faktor Perkembangan Perusahaan Tanaman Getah Di Tanah Melayu



PENDAHULUAN
Perusahaan getah di tanah melayu telah bekembang dengan pesat pada pertengahan tahun 1890an. getah ini diusahakan secara ladang dan berkembang pesat sehingga menjadi tanaman dagangan yang utama selepas perang dunia pertama. oleh itu, terdapat beberapa faktor perkembangan perusahaan getah di tanah melayu yang dapat dilihat secara langsung.

PERANAN HN.RIDLEY
Salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan getah di tanah melayu ialah sumbangan hn.ridley. pada 1888, hn.ridley telah dilantik sebagai pengarah botanical di singapura. setelah perlantikan tersebut beliau telah bertindak aktif dalam usaha menggalakan penanaman getah di tanah melayu. hn.ridley menyedari bahawa keadaan iklim dan bentuk muka bumi di tanah melayu sangat sesuai untuk penanaman getah secara besar-besaran. oleh itu, bagi menjayakan usaha ini hn.ridley telah memperkenalkan baka getah jenis hivea brasillensis kerana sesuai dengan iklim di tanah melayu. beliau juga turut memperkenalkan cara torehan terbaik iaitu torehan tulang ikan herring untuk menghasilkan getah yang banyak tanpa merosakkan pokok getah.

KEJATUHAN HARGA KOPI
Selain itu, kemerosotan dan kejatuhan harga kopi di pasaran dunia turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana menjelang tahun 1980an pokok-pokok kopi telah diserang penyakit akibat daripada serangan kupu-kupu hackward. keadaan ini telah menyebabkan kegagalan penanaman kopi dan selepas tahun 1895, harga kopi telah jatuh teruk akibat daripada penawaran yang berlebihan dari negara-negara barat khususnya dari brazil. fenomena ini menyebabkan penduduk di tanah melayu berpaling kepada penanaman getah bagi menggantikan perusahaan kopi.

PERMINTAAN TINGGI GETAH
Seterusnya, permintaan tinggi getah dari negara-nagara barat turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana, pada 1889 telah berlakunya perkembangan revolusi perindustrian di eropah yang melibatkan industri perusahaan kereta. keadaan ini telah menyebabkan berlakunya permintaan tinggi getah untuk membuat tayar kereta. getah juga diperlukan dalam perusahaan membuat peralatan eletrik dan juga kasut. oleh itu, dengan berlakunya perningkatan harga getah ini orang eropah dan cina telah mengusahakan getah secara ladang dan kebun-kebun kecil.

PERANAN BURUH-BURUH INDIA
Peranan buruh india amat penting dalam mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana  pembukaan ladang-ladang getah telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada orang-orang india.kestabilan harga getah telah menjadi pendorong kemasukan lebih banyak buruh india melalui sistem kontrak dan kangani.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Seterusnya, kemudahan infrastruktur turut menjadi salah satu faktor perkembangan perusahan getah di tanah melayu. antara kemudahan infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak british di tanah melayu adalah seperti pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan sistem komunikasi. pembinaan kemudahan infrastruktur ini mampu memudahkan pengangkutan getah untuk dieksport, kemasukan tenaga kerja dan sebagainya.

PENUBUHAN INSTITUT PENYELIDIKAN GETAH
Institut penyelidikan getah telah ditubuhkan pada 1926 di tanah melayu. institut ini ditubuhkan bertujuan untuk membaiki mutu bagi memastikan peningkatan kadar pengeluaran getah. institut ini juga bertanggungjawab membuat penyelidikan seperti pencantuman tunas, rawatan tanah dan mencari cara penghasilan getah yang lebih banyak. melalui penubuhan institut ini, beberapa kejayaan telah berjaya dicapai antaranya seperti kaedah penanaman yang saintifik, kaedah torehan yang betul, cara pengawetan susu getah serta cara penghasilan baja kimia yang mampu menyuburkan tanah dan menghasilkan susu yang lebih banyak.

KEMASUKAN PELABUR ASING
Seterusnya, kemasukan pelabur-pelabur asing turut mendorong perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. kemasukan pelabur-pelabur asing ini adalah melalui syarikat-syarikat yang mendapat modal dari penjualan saham di london. keadaan ini membolehkan mereka membuka ladang-ladang getah yang lebih besar dengan kemampuan mengurus, mengawal ladang getah serta mengurus aktiviti pengeksportan getah yang lebih cekap.

KESIMPULAN

Perusahaan getah mampu meningkatkan perkembangan ekonomi dan sosial di tanah melayu khasnya sumber pendapatan bagi membaiki sistem perhubungan dan perkhidmatan sosial. perusahaan ini juga turut mendatangkan pelbagai faedah seperti mewujdkan peluang pekerjaan dan membaiki taraf hidup masyarakat.

Catat Ulasan

0 Ulasan